KULIAH PERDANA KHAS MUSLIMAT WACANA KHAS FAQ 20 & 21 JANUARI INI! WACANA KHAS FAQ 22 & 24 JANUARI INI! PROGRAM KHAS CAKNA PALESTIN

BIODATA INOVATOR II



Sharifah Norshah Bani  Syed Bidin , Ph.D merupakan pensyarah kanan di Pusat Pengajian al Quran dan al Sunnah, Fakulti Pengajian Kontemporari  Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) , Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.  Beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pengajian al Quran dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 

Di peringkat universiti , selain tugas pengajaran  dalam bidang kepakaran, beliau turut diberi kepercayaan memegang jawatan pentadbiran di Fakulti , iaitu Timbalan Dekan Akademik & Siswazah bermula November  2013 hingga  Jun 2017, dan Ketua Jabatan al Quran dan al Sunnah bermula Februari  2009 hingga  Januari 2013.  Beliau pernah mengikuti Sangkutan Industri di The World of Islamic & Sciences University(WISE) , Jordan selama 6 bulan, iaitu pada bulan Februari hingga Ogos   2013, dan dilantik sebagai Pensyarah Pelawat sepanjang tempoh berada di universiti tersebut. 

Beliau juga terlibat dalam penyelidikan berkaitan pengajaran dan pembelajaran al-Quran untuk golongan dewasa  bermula tahun 2010, juga berjaya menghasilkan produk untuk pembelajaran Tajwid al Quran untuk golongan OKU Penglihatan Islam. Pada tahun 2017, beliau mengembangkan lagi sumbangan kepada komuniti dengan membuat penyelidikan berkaitan Masjid al Aqsa dan Baitul Maqdis bagi memberi maklumat dan kesedaran kepada semua umat Islam tentang kepentingan dan keutamaan Masjid al Aqsa dan Baitul Maqdis.